Re-Post: Kek Gula Hangus SEDAP


Tinggal ciput jek~ wuwuwu~

Semalam housemate saya mengidam~ Apa?? Mengidam hanya untuk orang mengandung?? Eh, betul la...memang housemate saya mengandung pun~ da 7 bulan lebih~ hehe..

Resepi yang dapat kat mana ek? Lupa pulak..hehe. Promote mentega jap~

Semalam dia nak makan kek gula hangus~ Beberapa hari sebelum ni, kitorang cari resepi kat internet, dapat la satu resepi tu~ maka sambil-sambil saya membuat lempeng telur cicah kuah kacang (kari yang diubahsuai) untuk minum petang, dia dan seorang lagi housemate gi beli barang-barang untuk buat kek gula hangus tu~

Kuah kacang dengan lempeng telur

Lepas maghrib, kitorang pun memulakan operasi~ tolong pukul telur sampai kembang, tolong cairkan gula...housemate yang mengidam tu pulak cumil jek asyik bertanya, da kembang ke? da cair belum? Bila da cair tu, kena gaulkan air gula dengan mentega dan tunggu sejuk. Dia tanya lagi, da sejuk belum? "Dah la ek..." Hehe..tak sabar-sabar~

Tolong cairkan gula lepas hangus

Tolong pukul telur sampai kembang

Bila da sejuk tu kena satukan dengan adunan telur, dan perap lagi 3 jam. Ho..lama tu nak tunggu, kesian ibu mengandung~ Ekeke.. Dalam pukul 10 gitu, oven pun dipanaskan. Then, adunan kek dibakar...kena tunggu lagi sejam! Heh~ Takpe, beliau sabar menunggu...kagum sungguh!

Setelah dicampur dengan adunan telur sebelum diperap~

Then, nak dekat jam 11 malam, kek siap! Sedap gak! Ibu mengandung gumbira, kami seronok~ lepas ni boleh la buat kek lapis pulak! :D



Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

1 Comments

  1. cayalah!!
    sunah pandai masak kek hangus
    akak pernah buat ..tapi tak jadik!
    sampai sekarang tak buat lagi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post