Re-Post: Pizza Telur Berkeju



Hari tu lagi nak masukkan, tapi was-was sebab gambar tak clear. Guna handphone je masa tu, kamera compact habis bateri lak. Tapi, takpe lah. Masukkan je. Yang penting nak kongsi resepi tu sebab sedap sangat! :D

Ok...jom kita namakan makanan ni Pizza Telur Berkeju (buruknya nama! Ada cadangan lain? Hahaha~)

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 biji buah tomato (dibuang biji dan dhiris kecik-kecik)
2 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
sekeping cheese (KRAFT je saya guna) - hiris jugak
sedikit oregano
sedikit serbuk lada hitam

Cara nak buat:
Mula-mula pecahkan telur, ala macam biasa la... Kacau dalam mangkuk kecik tu dengan garpu ke sudu ke, tak kisah lah ye. Then, campurkan sosej yang dah dihiris tadi.

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan telur bercampur sosej. Bagi separuh masak, taburkan hirisan tomato. Bagi masak sikit, balikkan ye~ Tunggulah dengan sabar...haha~ Api tu jangan besar sangat, kang hangus lak!

Kemudian, balikkan semula bila rasa da bercantum bahagian yang bertomato dan bersosej tu tadi. Taburkan kepingan cheese yang da dihiris tu jugak.

Lepas tu taburkan (taburkan ke?) serbuk lada hitam dan oregano secukup rasa...saya tak letak garam pun, sebab cheese dengan sosej da cukup masin.

Dah siap! Sedap~~~

Ceq kata: Che Mat Gebu datang terjah SSS dot com sebab pizza ini. :p

Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post