Laksa Utara... Pengubat Rindu...


Erm... Da lama sangat nak buat sejak balik dari Kedah bulan lepas. Tapi baru hari ni tertunai hasrat di hati nak membuat sendiri laksa utara ni. Resepi laksa ni saya ambil dari blog Cida de' Nuanza. Ternampak kat Kongsi Resepi beberapa minggu lepas, terdetik nak buat sebab macam senang aje. Alhamdulillah hari ni puasa, maka petang tadi balik dari lab terus cari bahan-bahan untuk buat laksa ni. Bila da siap tu, dengan aroma dan kaler dia, ya Allah....rindunyaaaa saya pada Kedah dan orang-orangnya yang baik hati membawa saya merasa laksa utara di merata tempat sepanjang kat sana. Hehehe... Ehem, kat belakang laksa tu nampak tak, ada kek lapis? Ehehe... Tu lebihan tempahan kawan pagi tadi, so boleh buat juadah berbuka sekali. Kek Lapis Coklat Warna tu resepi dia ada kat SINI. Untuk laksa utara, meh kita tengok resepi dia ek~

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan kembong
3 biji bawang besar
2 ibu jari belacan
1-2 sudu makan cili kisar (agak-agak sampai kuah jadi kemerahan)
3 tangkai bunga kantan
1 ikat daun kesum
5-6 keping asam keping
1 bungkus laksa jenama Eka (rendam dan rebus hingga lembut)

Cara-cara membuatnya:

  1. Rebus ikan dan asingkan isi dari tulangnya (air rebusan tapis dan simpan dalam periuk).
  2. Kisar isi ikan dan masukkan dalam periuk air rebusan yang sudah ditapis tadi.
  3. Ambil tulang ikan tadi, kisar juga sampai halus (saya tak ambil sebab malas =.=).
  4. Tapis dan ambil airnya, masukkan ke dalam periuk tadi.
  5. Ambil 1 tangkai bunga kantan, buang bahagian luar. Ambil bahagian tengah yang lembut (bahagian luar jangan buang), masukkan ke dalam pengisar. Kisar bersama bawang besar dan belacan.
  6. Kemudian, masukkan ke dalam periuk yang sama.
  7. Tambah air dalam periuk tadi sampai sesuai dengan kepekatannya.
  8. Masukkan asam keping. Lebihan bunga kantan tadi dibelah 4 setiap satu termasuk bahagian luar tadi, dan dimasukkan ke dalam periuk.
  9. Masukkan jugak daun kesum, masak hingga mendidih.
  10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Bahan hiasan:

Hirisan timun
Telur rebus
Limau
Cili padi
Bawang (saya tak letak sebab housemate semua tak makan)
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

2 Comments

Previous Post Next Post