Jemput-jemput Roti Udang Kak Ummi


Dah beberapa hari teringin nak buat jemput-jemput Kak Ummi ni sejak nampak kat blog dia hari tu. Alhamdulillah, semalam berjaya jugak menunaikan hasrat di hati bila jemput-jemput ni dijadikan juadah berbuka puasa kat rumah. :) Menarik sangat resepi ni, jemput-jemput dia tak guna tepung, guna roti semata-mata. Bila da siap dihidang, masuk je waktu Maghrib, housemate terus makan lelaju jemput-jemput ni. Sedap wooo~~~ Meh kita tengok resepi dia eks~

By: Sunah Sakura

Bahan:-

16 keping roti putih Gardenia
15 ekor udang sederhana - potong kecil2
1 biji telor - dipukul sedikit
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 labu bawang besar - potong dadu kecil
1 biji cili merah (saya guna cili hijau) - diracik halus
daun bawang (saya tak letak)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Roti putih disiat-siat kecil dan letakkan di dalam mangkuk besar/sesuai.
  2. Tuangkan air (jangan tuang semua dulu, tinggalkan sedikit) ke atas roti dan tekan-tekan sedikit biar roti basah-basah sedikit.
  3. Masukkan pula telor dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan udang, bawang, cili, daun bawang dan serbuk lada hitam tadi. Gaul-gaul rata biar roti semua lembut basah dan sebati. (jangan terlalu lembik, agak-agak boleh diketulkan bulat-bulat)
  4. Ketul-ketulkan adunan dalam pinggan dulu kalau nak senang. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng, balik-balikkan selalu agar masak rata. Bila dah kuning keemasan boleh lah diangkat.
  5. Hidangkan bersama sos kegemaran.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

2 Comments

  1. Weeee Sunah cayang...apasai x jemput akak nak merasa jemput2 roti udang tu....nk test jadi ke x...hehe. Tapi kalau licin dah tu, kira jadi la yeaaa... Thanks ya cayang sudi try menu jemput cempoiii2 hakaakkk...muaaahhh!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post