Roti Sardin Goreng Untuk Berbuka


Alkisah tercipta benda ni semalam, bukan resepi saya, tapi resepi housemate. Ehehe. Semalam ada sikit baki roti yang dah nak expired. Ade jugak sardin dalam tin. Mula-mula cadangkan kat housemate, buatkan sandwich biasa aje. Then housemate sorang lagi tetiba menyampuk.

"Jom buat roti yang bahagi empat macam kat gerai-gerai tu, nak???"

Saya blurr. Macam mana tu? Err...tolong buatkan boleh? =.=

So, dia pun buatkan la Roti Sardin Goreng ni haaa. Dengan bahan-bahan yang ada kat rumah, bahan yang baru dijumpai pun ada jugak sebab rumah baru lepas kemas. Hahaha~ Meh kita tengok resepi ni eks~

Resepi: Aunty Ajan
By: Aunty Ajan & Nana

Bahan-bahan:

Roti keping
Sardin dalam tin (ambil ikan, sosnya asingkan)
1/2 biji limau nipis (diperah air)
1 biji telur (dipukul sedikit)
Tepung goreng (Seri Aji Perisa Pedas)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara Membuatnya:

  1. Hancurkan ikan sardin (asingkan tulang) dan gaulkan dengan air perahan lemon.
  2. Letakkan atas kepingan roti, dan tutup dengan kepingan roti yang lain (ala, macam buat sandwich tu lerr).
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Celupkan roti ke dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung goreng.
  5. Panaskan minyak, goreng roti sardin hingga warna keemasan.
  6. Siap untuk dihidang bersama sos kegemaran (saya guna sos tomato sardin tu sendiri).
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post