Kek Karamel Vanilla Coklat


Inilah dia.

Kalau dah lama tak berasap oven tu. Seminggu balik kampung. Takde lah lama sangat, tapi agak haru-biru jugak masa buat kek ni malam tadi.

Awal-awal proses buat gula hangus, jari kelingking kanan dah ada cop gula hangus. Maksudnya? Sama lah macam kuda kena cop dengan besi panas merah menyala tuuuu. Pedihnya tak terkata sampai terjerit sorang-sorang kat dapur. Lepas tu, boleh pulak nak pukul kuning telur dulu, padahal sepatutnya pukul putih telur dulu! Terpaksalah pergi cuci besi mixer tu sebelum nak pukul putih telur. Haihhh!

Mungkin sebab penat sangat semalam, dan kepala duk fikir macam-macam. Tu semua benda jadi tak kena. Huhu.

Alhamdulillah, kek menjadi aje macam selalu. Kek Karamel Vanilla Coklat (untuk resepi, rujuk SINI), tempahan student UTM. Katanya, nak bawak ke picnic.

Selamat berpicnic ye adik! :)
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post